Friday, February 6, 2009

PENGUMUMAN PENTING!!!

Assalamualaikum w.b.k.t dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua ahli dan pengunjung rangkaian laman blog/web Tawaukini, hasil dukungan anda semua selama ini dan sokongan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Tawaukini telah mendapat penghormatan untuk bekerjasama dengan blog The Patriot dan Kementerian Dalam Negeri bagi menganjurkan seminar bertajuk :

'Bicara Tokoh : Adakah ISA Satu Penganiyaan?'
Pada : 9 Februari 2009 (Isnin depan),
Jam : 7.00 malam
Lokasi : Auditorium Perpustakaan Tawau.

Tiga tokoh terdiri dari Menteri KDN Dato' Seri Syed Hamid Albar, bekas Penasihat Undang-Undang Al-Arqam yang juga bekas tahanan I.S.A, Zabidi Mohamed dan seorang profesor dari sebuah universiti tempatan, akan menyampaikan ceramah mereka pada malam tersebut.

Dalam majlis yang sama, laman blog tawaukini.com (yang kini masih dalam pembinaan) dijangka akan turut dirasmikan oleh Dato' Seri Syed Hamid Albar.

Oleh yang demikian, semua ahli tawaukini, blogger-blogger serta seluruh masyarakat dipelawa untuk hadir mendapatkan maklumat sebenar tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) sekaligus menyaksikan pelancaran tawaukini.com - yang bakal menjadi laman informatif masyarakat di seluruh Bahagian Tawau.

Kepada mereka yang ingin menghadiri seminar tersebut, sukacita diharapkan pihak saudara/saudari dapat memberikan nama penuh kepada Cik The Writer menerusi e-mel ke thesabahanwriter@gmail.com atau kepada Puan Tija Kuba (019-8695882), sebelum 12.00 tengah hari 8 Februari 2009. Pendaftaran lewat juga diterima, namun tertakluk kepada kekosongan tempat. Tempat duduk adalah terhad.

Dalam kesempatan ini, admin tawaukini turut ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli tawaukini di atas sokongan yang telah diberikan kepada laman blog ini.

Mudah-mudahan laman blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua sekaligus mengangkat nama dan imej Tawau di mata masyarakat di Malaysia !

Sekian.

-The Reporter-



Rangkaian Laman Web Informatif Tawaukini:
  1. http://tawaukini.com/ - Tawaukini (Utama) - Dalam proses pembinaan
  2. http://tawaukini.ning.com/ - Tawaukini Interaktif
  3. http://tawaunews.blogspot.com/ - I Love Tawau! (By: The Reporter)

No comments: